Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Terima kasih Tuhan

earthquake.jpg

Aku sangat busy kebelakangan ni. Tak berjaya meluangkan masa melawat blog-blog yang semakin mendapat tempat di hati aku yang tulus dan mulus ni. Nantilah bila aku dah free, aku qada’ balik. OK tak?

Semalam pukul 00.59 am 27 Februari 2008, telah berlaku gegaran selama 10 SAAT. Terkejut gila aku! Aku ingat aku mimpi tapi bila gegaran tu berterusan (selama 10 saat tu) aku yakin ‘ini benar-benar kejadian’ (dialog siapa lah ni ek…). Faham-faham je lah kalau orang dah mengantuk tahap cipan tapi terpaksa bersengkang mata sebab kerja tak siap, gegaran macam ni boleh buat orang tu rasa tak real. Seriously, lepas gegaran tu dah berhenti untuk beberapa saat aku macam termangu. Nasib baik housemate aku tak tidur lagi masa tu, dia cakap yang dia pun rasa apa yang aku rasa (membuktikan teori bahawa aku tak gila di tengah-tengah malam yang sunyi sepi). Tapi kan, a friend of mine said dia fikir dia bermimpi. Banyak cantik dia punya mimpi! Mentang-mentang dia dah tidur nyenyak masa tu…

Lagi yang tak tahan tu, masa gegaran tu berlaku, aku sempat lagi imagine building ni macam sedang terhoyong-hayang. Gila punya imaginasi. Kertas-kertas aku siap bertaburan, dan rak buku aku macam nak jatuh. Eii… Ngeri betul! Aku fikir masa tu, kalau gegaran ni tak berhenti dalam sesaat lagi aku akan terjun lari turun bawah. Tak pasal-pasal nanti badan aku hancur berkecai bersama-sama runtuhnya bangunan.

Alhamdulillah, kat sini tak ada kejadian buruk berlaku (pada pengetahuan aku). Terima kasih Tuhan. Aku masih bernafas di muka bumi yang indah nan permai ni. OK, aku rasa bahasa aku dah start berbunga-bunga. Ni tulis Ceri punya pasal lah ni!

Tengok details pasal earthquake semalam kat sini: Magnitude 4.7 - ENGLAND, UNITED KINGDOM

Keraknasi: Pertama kali merasai gegaran gempa bumi. Subhanallah.

Kredit foto: http://www.sciencephoto.com/html_press_archive/170306.html

Posted on 27 February '08 : 2:22 pm under Scene From My Life.

11 Comments to “Terima kasih Tuhan”

#1 Posted by ecahkoop (27.02.08 at 16:33 )

alhamdulillah…syukurla ko still selamat…dlu mse kt msia ade gegar2 pnah gak rse skali..eh..eh…mcm kne buai lak….dh le mse tu ngah online mlm2 bute…aku ni kne sakat ke ape…upe2nye…de gempe bumi kt indon…alhamdulillah la kt tmpt aku xde pape jd..

#2 Posted by azrn (27.02.08 at 17:52 )

Nauzubillah… mintak2 laa aku tak pernah merasa situasi gempa2 ni. takot gile..
ermm… ape2pon, bagos la kalo ko selamat.

#3 Posted by balqis (28.02.08 at 00:58 )

syukur selamat :)

#4 Posted by Mr Ah Fa (28.02.08 at 04:08 )

Perrgh, lega-lega beb! Berdebar-debar baca post ni weh :-D

#5 Posted by menteil (28.02.08 at 04:54 )

bagus ar ko selamat…
sempat la ko kawin…
syukur…

#6 Posted by keraknasi (28.02.08 at 10:27 )

me-to-ecahkoop: eh, gempa bumi kat indonesia pun boleh rasa ek?

me-to-azrn: itu lah. aku pun first time ni.

me-to-balqis: yup, tapi kat tempat lain ada juga yang cedera.

me-to-mr ah fa: berdebar-debar? hahahaha…

me-to-menteil: betul tu, sempat. alhamdulillah. :P

#7 Posted by ecahkoop (28.02.08 at 11:06 )

lor…ble la….alatime yg de gempa2 dlu tu…ko kt uk lg kot time tu….

selamat ko kan…sempat kawin…..bak kate menteil…

wahahah!!!

#8 Posted by keraknasi (28.02.08 at 16:43 )

me-to-ecahkoop: hahahaha.. ya ritte. sempat kawin. hahahaha..

#9 Posted by Anysz (28.02.08 at 16:48 )

dok JB ker?
coz kat JB rase la jugak gegaran ni

#10 Posted by keraknasi (28.02.08 at 18:01 )

me-to-anysz: oh! JB boleh rasa gegaran dari UK ek? hebat lah. hihihi…

#11 Posted by ecahkopp (29.02.08 at 03:46 )

die dok kt UK la incik anysz…