Tabiat buruk au pair

Aku ada satu habit buruk.
Aku suka tengok tv series berbanding movie. Bila cerita tu sangat best, seronok dan exciting dan aku pun dah macam addicted, dah high, tapi lepas tu jalan cerita bikin panas tak sama seperti yang aku harap, then aku akan bengang dan sakit hati. Tension tak pasal-pasal.
Lepas tu aku terus tak nak tengok lagi lah cerita tu. Terus je simpan dvd kat rak. Aku peduli apa. Malas dah nak tau apa yang akan jadi seterusnya. Sebab dah memang frust dah pun, so kalau sambung tengok juga buat aku lagi sakit hati, baik tak payah kan. Lagi-lagi kalau TERbaca spoiler kat Wiki. Wiki ni memang shet! Aku baca DUA baris je, tapi dah boleh mengagak apa yang akan jadi, tu yang sakit hati tu. Elemen surprise tu dah hilang.
Menyesal aku cari info pasal season 2 Gossip Girl kat Wiki, boleh pula mata aku skim baca part yang memang sangat meng-spoil-kan mood aku. Lepas balik kerja tadi aku sambung juga tengok episod 15 dan 16, then habis je (sampai part “Sarah” Georgina tu jumpa Dan Humphrey kat park) aku terus naik masuk bilik. Nekad esok tak mau tengok. Esok aku nak tengok cerita lain.
[+][+]
Selasa baru-baru ni, balik dari kerja housemate aku tunjuk satu website untuk au pair. Dia cerita macamana dia hampir-hampir nak dapat kerja sebagai aupair dengan tapi last-last tak jadi sebab dia male. Sebab offer menarik, aku pun lawat lah website tu. Mulanya saja nak tengok details family yang tengah mencari au pair, tapi kena register sebagai au pair so aku register lah.
Sangatlah aku tak expect yang bila aku bangun keesokkan harinya (semalam), dapat email yang interested untuk hire aku jadi au pair. Terkejut ada, memang terkejut. aku tak pula berfikir untuk menceburi bidang au pair ni. Ye lah, forte aku kan, cleaning department.
I mean kalau ada pun, keinginan tu baru timbul masa housemate aku beria-ia cerita pasal kerja sebagai au pair (Summer house in Italy?? Irresistible!).
Tapi macam secepat ni dah ada orang cari? Then aku dapat call lagi, pun sangat beria-ia. Call rumah, aku takde, call pula mobile aku. Paling tak tahan tu dia siap minta aku pindah ke London. Eh, mula-mula dia macam suggest aku pindah uni. Tapi mesti lah tak boleh. Aku bukan ‘au pair’ yang cuma nak belajar English, yang boleh pindah course suka-suka hati. Frust pula tu bila aku kata aku tak boleh accept offer dia. Nampak sangat desperate.
Photo credit: http://vu.morrissey-solo.com/moz/log03.htm



6 Comments to “Tabiat buruk au pair”