Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Sistematik sikit boleh?

hands_on_keyboard.jpg

Minggu ni memang minggu kritikal. Banyak assignments kena hantar. Kebetulan aku ni jobless sekarang, so banyak masa aku spend kat library. Bajet aku cam baik lah kan, buat kerja dengan khusyuk dan tawaduk. Padahal semua last minute. Tak padan dengan status part time. :P

Masa aku keluar dari library tadi, mobile aku berdering untuk first time hari ni. Private number. Selalu kalau private number ni, mak aku yang phone. So aku jawab dan melontarkan bunyi ‘hello’ dengan nada kemelayuan, sekali minah salleh lah di corong telefon sebelah sana.

Hello, is this ker..ker..kerak–nasi?

Sebut nama aku tak boleh blah, tersasul-sasul! Time dia sebut nama aku tu, aku diam je, tunggu dia habis menyebut nama aku yang cun dan debom itu. Ye lah, kadang-kadang penat dowh nak tolong orang sebut nama aku dengan betul. Berkali-kali pula tu. Eii.. Minah salleh tu dari tempat yang aku apply kerja. Serious, aku tak dengar dengan jelas nama company tu bila dia introduce. Kerja apa yang dia offer pun aku tak tahu. Muahahaha… :D

Dah letak phone tu (ok, aku tak dapat juga kerja tu), aku wonder yang panggilan tadi tu dari mana. Hahaha. Aku betul-betul tak ingat ada berapa tempat yang aku dah apply. Tak simpan rekod langsung. Aku rasa aku kena buat list lah berkenaan kat siapa aku hantar CV. Baru boleh track permohonan-permohanan aku.

Keraknasi: Kerja biar bersistem; kemas dan tersusun. Baru hidup tak kelam-kabut.

Posted on 28 February '08 : 11:42 pm under Scene From My Life.

23 Comments to “Sistematik sikit boleh?”

#1 Posted by rasso (29.02.08 at 00:09 )

kau perlu pembantu? huhuhu

#2 Posted by ecahkopp (29.02.08 at 03:45 )

pergh…kalo jd pmbantu die…bpe gaji? wahahaha!

#3 Posted by menteil (29.02.08 at 04:53 )

poyo jer dia panggil ko keraknasi…

papepon…
congraz….

#4 Posted by keraknasi (29.02.08 at 09:27 )

me-to-rasso: boleh, boleh. tapi free of charge la, mahu? :P

me-to-ecahkoop: kalau ko, aku kasik £1 je setiap hari. hahaha…

me-to-menteil: asl lak poyo? dah nama aku keraknasi. eh, eh. conratz untuk apa?

#5 Posted by ecahkoop (29.02.08 at 10:08 )

1 pound sterling je? ei…mne ckup…

haha!!!

#6 Posted by The Sleepy Surfer (29.02.08 at 14:28 )

H h hai ker kerr rak na si..

terr rima ka s s ih ker r rana singgah ke ke e kee blog saya..

:D

#7 Posted by sismimi (29.02.08 at 16:40 )

ishh..bia betol nama ang kerak nasi..ke nick name je..nick name yg glemer gitew..ehehe..

#8 Posted by keraknasi (29.02.08 at 17:21 )

me-to-ecahkoop: hahahahhaa.. ye lah. ok la tu 1 pound. kat m’sia dah boleh beli set mcd tau. hahaha..

me-to-the sleepy surfer: aik.. sleepy surfer gagap ye rupanya? :P

me-to-sismimi: nape? tak pecaye ke? :P

#9 Posted by azrn (29.02.08 at 18:22 )

urmm… ko anta CV gune email ke pos siput?
kalo emel, trace je la kat sent item tu. ehehehhee…

ape2 p0n, org putih mana reti sbut kerak nasi tu. wakwakakaa

#10 Posted by 13may (01.03.08 at 01:44 )

hehhe…tapi sistem tu biar betul..kalau sistem lintang pukang..kelam kabut jugak jadinya

oh ya! thanks for visiting my blog :)

#11 Posted by The Sleepy Surfer (01.03.08 at 09:31 )

aku kalau ngantok memang tersasul2 lol

#12 Posted by keraknasi (01.03.08 at 11:33 )

me-to-azrn: dua-dua bukan. ada sekali je pakai email. lain-lain err.. apply online. :P

me-to-13may: betul. sangat setuju. ;)

me-to-the sleepy surfer: hahahahaaa… patot lah.

#13 Posted by Mr Ah Fa (01.03.08 at 13:32 )

:-D keh keh keh, betul ni? Sure tergeliat lidah minah salleh tu, kekekekeke :-D

#14 Posted by ecahkoop (01.03.08 at 19:03 )

mane ckup….ko tu msti bos yg demand kan? nnti fenin kpale aku kan…kwang3x!!! naik la ckit bos….1 pound sterling tu cam budak2 je…wahahah!!!

#15 Posted by NoktahHitam (02.03.08 at 01:10 )

Aaaahh comel betul blog ni!

ps: Albert Einstein dan Benjamin Franklin terkenal dengan kesepahannya. Namun, masing-masing ade system utk cara membuat sepah. NoktahHitam pon bersepah gak, tp tade system (hahaha)

#16 Posted by catzer (02.03.08 at 05:54 )

erm aku dah setahun stop htr resume..kalau tetiba ada org call mmg langsung hilang ingatan..kekekeke

#17 Posted by keraknasi (02.03.08 at 12:02 )

me-to-mr ah fa: tu la pasal. hahahaha…

me-to-ecahkoop: eii.. sapa la yang demand ni. ko la demand. ok la. satu pound satu jam. amacam?

me-to-noktahhitam: comel ke? tq tq. Einstein dan Franklin sepah pasal diaorg genius. hahahahaa..

me-to-catzer: hahaha. aku yg baru brp minggu pun, dah tak bole ingat. ni apetah lagi ko yg dah setahun. :P

#18 Posted by ecahkoop (02.03.08 at 12:55 )

wohoo!!! satu pound satu jam….kaye r aku cmtu…wahahah!! setuju bos setuju!! ($-$)

#19 Posted by Dinzz (02.03.08 at 13:15 )

haha, macam aku gak rtu. hantar resume belambak untuk mintak intern. sekali de company call. die cakap permohonan diterima. before tu die cakap la die dari compnay ape2. but yg pelik nye aku rasa cam aku tak penah apply pun kat company tu.

#20 Posted by keraknasi (02.03.08 at 15:33 )

me-to-ecahkoop: amboi.. suka bukan main. hahahhaa. satu hari ko keje 2 jam je maksimum. hahahahhahaha..

me-to-dinzz: tu la pasal. aku pun cam musykil. tetiba je orang call. sebab setahu aku, aku akan apply (anta cv) kat tempat yang masa kerja dia adalah flexible atau kerja petang. sekali aku cakap aku free petang, dia kata diaorg takde petang pula. cet!

#21 Posted by ecahkoop (03.03.08 at 05:39 )

ok la tu…2 jam…kalo lame2 susah….x larat aku nk kemas ko wat sepah lg….hooo!!!

#22 Posted by deennasour (04.03.08 at 14:34 )

hebat seh,,,minah mat salleh tpon pasal keje,,,,wow~ gempak!!!

#23 Posted by keraknasi (04.03.08 at 22:28 )

me-to-deennasour: hebat ek? bukan sepatutnya biasa je ke? kalau ada minah melayu yang call suruh datang kerja kat company diaorg, tu yang gempak!