Sedap ke buah ceri?

Under my umbrella, ela, ela, eh, eh, eh… la la… Laporan cuaca hari ni: Ya, town ABC dilaporkan sejuk dan mendung sepanjang hari ini. Sila sediakan 2 helai jaket untuk menampung kesejukan yang menampar pipi gebu masing-masing. Berita pendek: Beberapa hari lepas aku terima surat dari aku-dah-lupa-nama-company-tu yang kata permohonan kerja aku tak diterima. Adoi. Dua hari lepas aku pergi cashpoint nak check harta aku dalam tu, cuma ada tiga angka je beb! Lepas tu boleh pula perasan nak pergi travel sana-sini konon (ko baca entri lepas-lepas kalau tak faham). Aku ada juga lah savings kan, tapi tu mana boleh kacau. Itu untuk projek mega aku. Dan semalam pula, sikit lagi aku nak accident ni. Dengan kereta mewah pula tu. Nak banding dengan kereta buruk aku macam jauh panggang dari api. Nasib baik lah kereta tu tak stop pun. Mesti dia rasa bersalah tu, pasal tu tak stop. Dan nasib baik lah aku berjaya mengelak dari mencium tepi bontot kereta dia. Kalau tak, menangis tak berlagu aku!
Special announcement: Pasal ceri* “Aku bukan milikmu” pula, aku nak minta izin kepada semua kipas susah mati buah ceri yang sedap nyam nyam nyam (matilah perasan ada kipas susah mati), boleh tak aku nak tukar nama Syah tu ke nama lain? Hahaha. Tiba-tiba aku rasa macam tak syok pula nama Syah tu tau. Kalau korang tak kasik pun aku nak tukar juga. Suka hati bapa tiri laki mak jiran sebelah lah kan. Ceri aku, bukannya ceri korang kan.
Lagi satu, kepada kipas-kipas sekalian, ceri ni aku cuma akan tulis seminggu sekali je (refresh lah banyak-banyak kali samada hari isnin atau rabu). Tapi kalau ilham tak mau datang, aku cuba tulis dua minggu sekali. OK tak? Jangan rindu~
Keraknasi: Orang kata, berhati-hati di jalan raya. Jangan nak terhantuk, baru nak terngadah.
*Cerita bersiri.
Kredit foto: http://www.upgradetravelbetter.com/



4 Comments to “Sedap ke buah ceri?”