Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Sehari Meredah Cambridge

cambridge.JPG

Semalam aku jalan-jalan redah Cambridge. Naik bas dari tempat aku ambil masa 2 jam setengah, so biasalah bila rasa pening-pening sikit. Menyesal tak naik train je semalam.

Cambridge berlainan dengan Oxford. Kat Oxford jarak setiap kolej agak jauh dan walaupun kolej-kolej Oxford berada di sekitar city centre, tapi kesibukkan city centre tu boleh dirasai. Kat Cambridge pula, tanah agak rata (tak berbukit macam Oxford) dan kolej-kolej berdekatan. Imagine kita berada dalam kawasan unversiti yang amat luas dan betul-betul kat centre universiti tu ada city centre - tempat shopping, shopping mall, etc.

Oxbridge adalah antara town tertua dan juga ada universiti tertua kat dunia. So town kat Cambridge dan Oxford memang berbeza dengan town lain. Contoh kat Canterbury, kawasan universiti memang kat satu kawasan luas tu je lah, tak berada dalam kawasan town centre. Kalau tak silap Manchester pun macam tu. Kawasan universiti tak mix dengan city centre.

Selain souvenir, aku bawa pulang migraine. Terlampau terdedah dengan angin kuat masa naik sightseeing tour bus tu. Plan nak tengok Sex and the city terpaksa tunda ke hari lain. Aih…

Next trip, Brussels mungkin? ;)

keraknasi: Jalan-jalan melihat dunia. Dunia ni luas kan?

Posted on 29 May '08 : 6:19 pm under Adventures In Life.

2 Comments to “Sehari Meredah Cambridge”

#1 Posted by azrn (31.05.08 at 16:57 )

bila la aku nk kesana.. ishk.ishk.ishk…
newayy~ universiti tertua kat dunia, setahu aku University Al-Karaouine. oxford ke-5 kot… huhuhu~

#2 Posted by menteil (01.06.08 at 08:01 )

wa… tak ajak pon.. hehe..
sonok kan menjelajah negara orang..
bila la time aku nie..