Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Menyanyi & bergelek boleh dapat Datuk

Minggu lepas TYT Melaka bagi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Bongok. Bukan TYT yang bongok. Tapi siapa-siapa yang cadangkan untuk bagi gelaran Datuk tu.

Aku rasa aku pernah tonton One 2 Ka 4. Tapi tak perasan pun ada Kota A Famosa (atau Melaka) dalam cerita tu. Aku rasa, scene yang ada A Famosa (atau Melaka) dalam tu adalah scene nyanyi-nyanyi, menari-nari dan bertukar-tukar baju. Berapa saat lah sangat.

Bukan ada lagi filem Hindustan lain yang pernah buat scene nyanyi-nyanyi depan KLCC ke? Bila pula mau bagi diaorang Datuk?

Oh ya. Dan kenapa hanya SRK je yang dapat? Patut bagi kepada seluruh produksi. Juhi Chawla pun patut dapat. 

[+][+]

Wow. Aku pun patut dapat anugerah. Sebab kurang 2 jam tadi aku post satu entry. Ini entry kedua untuk hari ni. Tepuk tangan.

(Mungkin sebab pagi isnin ini agak lembap. Aku bangun awal, sedangkan tiada benda mau dibuat)

Bagi aku gelaran Datuk lah. OK juga.

Kan?

Oh tapi sebab aku di luar negara, nanti aku call je lah, kalau dah dapat. Tak perlu susah-susah buat majlis. :)

Keraknasi: Gosip-gosip di Blogsphere kononnya ini kerja Rosmah. Dia kan kipas susah mati Bollywood.

Posted on 20 October '08 : 12:50 pm under What Say You?.

2 Comments to “Menyanyi & bergelek boleh dapat Datuk”

#1 Posted by Anysz yang gebu ahaha (21.10.08 at 14:17 )

aku sepatutnye jadik dato’ taw
penat je aku pomot negare kite*tetibe

p/s- sape yg calonkan SRK tu bunguk!!

#2 Posted by keraknasi (21.10.08 at 15:49 )

me-to-Anysz: amboi! nick tak bole blah. “anysz yang gebu”? haha. kau memang kelakar. ko ni, ko belakon cite mana pula ni, penat promot konon. cet!