Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Kucar-kacir

politician.jpg

Politik Malaysia sejak PRU tempoh hari memang tak stabil. Macam-macam hal. Dengan kes Altantuya yang melibatkan Najib dan Rosmah;

I’m just a wife of a politician.

dan ahad lepas kes liwat Anwar Ibrahim. Dalam sekelip mata, puff~ keluar tuduhan liwat Anwar, mengulang sejarah 10 tahun lepas.

Bila Raja Petra buat akuan bersumpah tentang kes Altantuya, Balasubramaniam pun buat akuan bersumpah juga. Yang jadi masalah bila hari ini buat akuan bersumpah cakap hitam, then pagi esoknya buat akuan bersumpah baru cakap putih. Dakwa kononnya masa buat akuan sumpah yang pertama tu dia dalam keadaan tertekan. What the heck?

Samada kita sedar atau tidak, percaya atau tidak, tidak boleh tidak ni mesti ada campur tangan dalaman. Siapa yang betul, siapa yang salah, hanya Allah saja yang tahu. Saranan untuk kita tunggu sajalah hasil siasatan polis atau perbicaraan nanti, adalah saranan yang hampir tidak relevan. Kenapa? Sebabnya, kredibiliti sistem keadilan di Malaysia sendiri sudah diragui. Maka peranan mereka dalam kes-kes high profile macam ni amat dipersoalkan.

Situasi sekarang bolehlah diibaratkan sebagai pertarungan antara pihak-pihak tertentu: pihak yang diatas dan pihak yang mahu berada diatas. Yang jadi “mangsa” adalah rakyat Malaysia, disuap dengan macam-macam so-called fakta, cerita, bukti, dan saksi yang sampai bila-bila pun tak akan dapat dibuktikan kesahihannya kalau sistem undang-undang Malaysia ini ada campur tangan dari tangan-tangan hantu.

Bagi aku pula, bila kerajaan menggesa rakyat untuk tidak mempercayai khabar-khabar angin atau cerita-cerita yang faktanya tak dapat disahkan, malah meminta rakyat untuk menyerahkan segalanya kepada polis, walhal dalam masa yang sama taktik kotor begitu ketara sekali digunakan dalam kes-kes sebegini, mahukah rakyat mendengar? Apa yang kerajaan cuba lakukan ni, umpama, mencuri di siang hari.

Adoi. Malaysia, Malaysia. Apa nak jadi dengan Malaysia, tanahairku?

5/7/08 5.13pm:
Sekarang ni Bala and family dah hilang. Apa kes?

keraknasi: Diaorang lupa kot, rakyat Malaysia ni bukan bodoh.

Posted on 5 July '08 : 4:19 pm under Heading Back Home.