Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Ini kisah kampung Chentamata

Chentamata. Kampung yang jauh di pedalaman. Pembangunan kurang. Kalau pun kampung Chentamata ini dikenali, ia disebabkan di kampung ini terletaknya kolam ikan air tawar yang paling besar dalam negara. Memang menjadi tarikan kepada pemancing-pemancing tegar. Kawasannya pun cantik, dijaga rapi oleh anak jati kampung Chentamata yang diambil bekerja di kolam itu.

Labi berkhidmat sebagai wakil rakyat kampung Chentamata dah dekat empat tahun. Orang kampung suka dengan Labi. Walaupun Labi ini bukan berasal dari kampung Chentamata, tapi khidmatnya cemerlang. Sejak menang jadi wakil rakyat, hampir setiap minggu Labi melawat kampung. Kadang-kadang weekdays pun Labi balik melawat kampung. Komited betul. Bayangkan, Labi sebenarnya bekerja dengan pusat juga. Begitupun, kalau kampung perlu dia segera, dia boleh terbang balik seawal pukul 5 pagi dan pulang semula petangnya.

Labi ini tak kisah sangat. Kalau dipanggil rasmi restoren kecil pun dia sanggup datang. Namanya siap terpahat di dinding restoren lagi. Pelanggan yang datang dapat lihat nama perasmi restoren kecil ini. (Makanan tak de lah sedap sangat pun). Ramai orang kenal kampung Chentamata kerana si Labi. Selalu juga orang yang terserempak dengan Labi di mana-mana menegur bertanya khabar. Ada juga yang menegur dan ucap terima kasih untuk pertolongan dan jasa si Labi, dan Labi cuma iya-kan saja sambil sengih-sengih.

Dulu Labi pernah ditipu. Datang rumah kononnya nak minta tolong kurangkan beban kos perubatan yang ditanggung untuk bapa atau nenek atau so called relative lah. Mulanya Labi bersangka baik je, bagi berapa yang dia mampu. Labi ni bukan berada sangat pun. Kerja dengan pusat dan jadi wakil rakyat, pun ada tanggungan sendiri juga. Bukan sekali, tapi banyak kali. Lama-lama bila Labi sedar dia ditipu, dia tak mau tolong dah. Mesti nak lawat orang yang sakit tu di sekian-sekian wad berapa, baru hulur sumbangan. Kalau setakat call atau datang rumah merayu-rayu, tapi tak mau tunjuk bukti, tak payah lah. Serik!

Serik-serik pun, orang masih datang rumah minta tolong begitu begini. Yang bukan dari kampung Chentamata pun ada juga datang minta jasa baik si Labi. Pelik betul. Diaorang tu datang dari kampung Pinang agaknya. Kadang-kadang tu, pukul 7 pagi dah tercegat depan rumah nak jumpa YB kononnya. Orang dalam rumah pun belum sempat sarapan lagi. Entah dari mana diaorang dapat alamat rumah Labi kat pekan ni, Labi pun tak tau. Tapi Labi layan juga, kalau boleh tolong dia tolong. Kalau tak pun, sekurang-kurangnya dia boleh bagi surat sokongan untuk dibawa berjumpa dengan orang-orang besar lain.

Maka PRU kali ni kalau boleh, si Labi nak jadi calon lagi. Bertanding dan menang. Ada lagi beberapa projek rancangan pembangunan kampung Chentamata yang belum dilaksanakan. Adalah dua tiga projek yang dah masuk fasa pertama. Kalau Labi menang lagi, bolehlah proceed fasa kedua pula. Labi yakin betul akan jadi calon lagi berdasarkan khidmat cemerlang dia. Merchandise untuk kempen dah siap ditempah. Orang-orang kuat Labi yang bekerja di luar kampung Chentamata pun sanggup pulang untuk undi Labi, kalau jadi calon lagi. Kelibat Labi kat rumah pun dah jarang kelihatan. Anak-anak mau jumpa (minta duit belanja) pun tak ada kesempatan. Nak call, line tak clear kat kampung Chentamata. Kerana yakin akan jadi calon, Labi dah pun berkampung kat Chentamata.

Nah! Sehari sebelum CM umumkan nama-nama calon, si Labi dapat tau dari sumber dalaman yang kata namanya baru je digugurkan dari senarai. Kecewa tak tahu nak gambarkan macam mana. Selidik punya selidik, rupanya kawan-kawan dalam politik sendiri yang tekan CM untuk gugurkan nama si Labi. Itu lah, dengki punya fasal. Alasannya, Labi ni bukan anak jati Chentamata. Kawan-kawan yang dengki tu naikkan nama orang baru yang tak ada pengalaman langsung untuk jadi calon. CM sebab tertekan sangat, tiada pilihan selain gugurkan saja. Tahi betul. Si Labi menyumpah.

Keraknasi: A wise man once said, politics is a dirty business. Even friends can become enemies.

Posted on 8 February '08 : 10:31 am under Heading Back Home.

2 Comments to “Ini kisah kampung Chentamata”

#1 Posted by titan (09.02.08 at 15:10 )

Ehm..kesian si Labi. Melepas la nak jadi wakil rakyat atau pak menteri..

#2 Posted by rasso (10.02.08 at 10:15 )

Tu pasal saya tak nak partisipasi dalam dunia siasah…
kepala pusing…

layan blog lagi best…