Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Archive for 'Scene From My Life'

Sakit

Aku tengah sakit. Demam tak demam sangat, selesma pun tak sangat, tapi adalah sikit-sikit. Yang sangat terasa sekarang ni adalah pening kepala. Sebab biasalah kan bila ko demam + selesma ni, senang dapat pening kepala. Lepas tu, kadang-kadang bila menguap tu, sebab buka mulut besar kan, rasa macam sakit kat dalam tekak tu. 

Tapi mungkin sebab aku dah makan ubat bila ada tanda-tanda awal tu, so hingus aku pun cair je lah. Takde lah pekat sangat dan buat hidung aku tersumbat ke apa. Batuk pun tak berapa sangat. Kalau tak memang seksa juga lah. Kira takde lah teruk sangat berbanding kalau aku tak makan ubat masa dah dapat symptom-sympton awal tu.

Nanti bila aku dah baik kan, aku nak tulis sikit cerita-cerita raya yang tak best sangat pun.

Keraknasi: Terpaksa keluar dari lecture pagi tadi sebab dah pening-pening, mata pun susah nak buka.

Posted on 7 October '08 by keraknasi, under Scene From My Life. 2 Comments.