Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Archive for 'Out Of The Box'

Tanya Gordon Brown di YouTube

askthepm.jpg

Baca tajuk entri. Exciting eh? Malaysia, masa P*R*U*1*2 ada lancarkan satu laman web khas untuk rakyat kemukakan apa saja soalan, pandangan, luahan secara terus kepada PM kan? Puas aku cari URL website tu, tapi tak jumpa-jumpa, sesiapa yang tahu, tinggalkan kat comment box ek. Nak juga tau macammana progres website tu kan.

Aku berminat dengan laman web tanya PM Malaysia sebab semalam aku perasan 10 Downing St ada lancarkan “Ask The PM” kat YouTube. UK residents diberi peluang untuk upload dan submit video 1 minit kepada Brown untuk bertanya apa saja mengenai polisi dan tindakan kerajaan terhadap satu-satu isu kat Britain. Brown janji sesi soal-jawab ini akan kerap diadakan kerana katanya sudah tiba masa untuk rakyat juga diberi peluang bertanya kepada perdana menteri secara langsung.

Strategi yang menarik kan? Aku wonder PM Malaysia ada masa tak nak ikut strategi macam ni. At least kalau video, kita tau lah dia yang jawab semua soalan-soalan yang diberikan. Kalau tulis, aku pun boleh tolong jawab-kan dan PM kita boleh tidur nyenyak. Hahaha.

Keraknasi: Lama aku menghilang kan? Aku nak cakap, Keraknasi is back! (kot~)

Posted on 21 May '08 by keraknasi, under Out Of The Box. 5 Comments.