8 bukan auta tentang keraknasi
Alkisahnya, lepas aku bangun dari tidur dan menjenguk blog kecintaan aku ni, aku dapati cik Ecahkoop telah men-tag aku dengan sesuka hatinya. Diriku yang masih mamai terus jadi segar bugar (walaupun belum basuh muka. Hehehe…). Aku musykil, adakah ini satu tipu helah atau trick untuk mengetahui siapa orangnya yang berada disebalik tabir keraknasi.com? Jika ini satu cubaan, maka anda hampir-hampir berjaya. Tak berjaya pun, hampir-hampir jer.
Lapan fakta tentang keraknasi, bukan auta ye adik-adik:
Masa aku banyak dihabiskan dengan aktiviti mencari wang sara hidup. Satu ringgittt, dua ringgittt, tiga ringgittt…
Aku hanyalah kekasih pelajar separuh masa di sebuah universiti di England. Ini tahun kedua aku kat England.
Aku tak reti mengarang sebenarnya. Ceri “Aku bukan milikmu” tu pun aku main belasah je ayat apa-apa yang patut. Tak sangka dapat sambutan pula kan. (Matilah perasan! Hehehe…)
Keraknasi di dunia nyata adalah seorang yang serius tahap cipan. Tapi kalau mood gila dah datang, layan~
Aku bukan seorang pendiam, cuma tak banyak cakap. Ada seorang coursemate aku kata aku ni pemalu. Pemalu lah sangat~ Hihihi.
Aku juga bukan jenis yang tidur petang. Kecuali kalau aku tersangatlah penat yang amat sangat dan tak boleh ditahan-tahan.
Makanan kegemaran aku ialah nasi lemak dan nasi goreng kampung. Air pula aku suka air yang tawar macam air mineral, air masak atau tap water. Air manis-manis ni I tak gemar sangat lah, nyah! (Ambik kau! Gene gedik aku dah naik pagi-pagi ahad ni)
I, keraknasi, masih lagi single, siapa nak isi borang amat dialu-alukan. Tapi pastikan poket korang not bad tau. Kena berisi tebal selalu. Ye lah nak kena tanggung aku yang mata duitan ni mesti poket kena tebal dan ada isi. Kalau tebal je, isi takde, nak buat apa ye tak?
OK. Cukup 8, tak lebih tak kurang. Amacam cik Ecah? Puas hati tak? Memandangkan aku ni blogger baru, tak ramai kenalan, so aku stop kan tag ni kat sini. Ye lah, siapa yang aku nak tag woi? Selamat berhujung minggu. Daaa…


