Aku bukan milikmu I

Mila dan Syah dah bercinta dekat dua tahun. Itu pun on off. Dahdua tahun, tapi masih tak stabil lagi. Mila berani cakap dia tak kenal sangat siapa Syah dan yakin Syah pun tak kenal dia sangat. Orang bercinta jarak jauh, begitulah. Lagipun tahun pertama tu Syah bukan berduit sangat. Henfon pun tak ada. Email pula jarang dibuka. Yang jadi penghubung hanya surat. Setiap kali terima surat dari Mila, hati Syah mesti berbunga-bunga kerana Mila bukan jenis yang suka tulis surat. Selalunya surat untuk Syah diperam lama-lama, baru diposkan.
Sebelum bercinta, Mila dengar cerita kawan-kawan kononnya Syah syok kat kat dia separuh mati. Masa tu Mila malas nak layan, lagipun cerita tu macam khabar angin. Entah betul entah tidak. Syah sendiri tak pernah datang nak mengaku. Tak lama lepas tu khabar angin pun hilang. Sehingga setahun kemudian khabar angin tu ditiup lagi. Kencang pula. Mila serba salah. Kebetulan ramai orang approach pada masa yang sama. Mulanya Mila buat tak endah, tapi bila Syah sendiri buka langkah pertama, Mila terkesima. Itupun masih Mila biarkan. Kemudian bila Yus kawan Syah datang jumpa Mila, minta Mila terima Syah yang dah angau dan kawan baik perempuan Syah yang juga kawan Mila pun try cucuk jarum, Mila jadi rimas. Terasa privacy dirinya betul-betul diganggu.
Dalam diam, Mila buat keputusan untuk pilih Syah. Tiada kasih dihatinya tapi entah kenapa tergerak juga untuk menerima Syah, antara tiga yang lain. Agaknya kerana dah penat diminta memilih dan tak mau diganggu kawan-kawan Syah, Mila ambil keputusan tu. Mungkin juga sedikit terganggu kerana exam dah dekat, Mila lupakan hal Syah seketika. Sempat berpesan tak mau diganggu sehingga tamat exam. Habis je periksa, surat-surat Syah datang hinggap di kamar Mila setiap hari. Biasalah dalam surat, apa pun boleh tulis. SMS apatah lagi. Masa tu Syah pinjam henfon kawan baiknya. Mila iyakan aje titipan kata-kata sayang dan rindu si Syah yang membuak-buak tu. Layaannn je, bak kata Fara Fauzana. Padahal hati Mila kosong.
Syah baik, itu Mila akui. Tapi sepanjang dua tahun itu, susah betul nak dipupuk hatinya untuk menyayangi Syah. Kasih mungkin ada, cuma tak mencukupi untuk dirinya menyayangi Syah. Waktu itu, tahun kedua hubungan mereka, Syah menghilang tanpa khabar berita beberapa kali, membuat Mila sering tertanya-tanya. Sakit hati, sedih, bingung semua perasaan bercampur sekali. Marah tak terkecuali. Berkasih dengan insan bernama Mila ini bukan mudah, apalagi nak mencuri hatinya. Dan pada kali itu bila Syah senyap lagi tanpa berita, Mila rasa sungguh kecewa. Lama menunggu berita dari Syah, sekurang-kurangnya untuk clear kan status mereka, Mila akhirnya mengirim sekeping surat.
Bersambung…



Leave a Comment