Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Ada apa dengan LIMA?

Khairul dari SembangKomputer.com telah sesuka hatinya men-tag aku tentang 5 laman web yang aku suka (dan selalu lawat, kot, hehe). Nasib baik Ecah si kaki bodek bagitau, kalau tak memang aku tak tau. Huhu.

OK. Tanpa membuang masa, ni 5 websites yang aku suka lawat.

  1. Google Reader - http://google.com/reader/
    Ni tools ‘tuk aku kumpul segala macam RSS dari merata blog atau websites tanpa mengira genre. Kadang-kadang boleh mencecah 500 feeds sehari. So, imagine lah berapa banyak inf0 yang perlu aku baca dan hadam setiap hari. Makan nasi pun tak banyak macam ‘makan’ info. Yang peliknya, knowledge aku ciput; takat tu juga. Aku ‘makan’ tak baca bismillah agaknya. Mungkin.
  2. Daily Telegraph - http://www.telegraph.co.uk/
    Berbanding BBC, The Times, The Guardian dan The Independant, aku lebih sukakan Daily Telegraph. Sebab Daily Telegraph ni amat rasional, tak terlalu berat sebelah kepada satu-satu pihak. Lagipun, orang-orang kat sini semua tau Telegraph adalah paper yang terbaik sekali antara banyak paper yang ada.
  3. Ebay UK - http://ebay.co.uk/
    Aku jamin semua orang tau. Kalau ada juga yang tak tau, meh sini aku nak jentik telinga sikit. Nak cari barang bargain, cari kat Ebay. Senang. Tak payah explaination panjang-panjang. Kadang-kadang campur shipping cost pun tak boleh tanding harga kat retail. So, sangat jimat beb!
  4. wAwo - http://armpunyarevival.blogspot.com/
    Blog yang best dan seronok dibaca. Tulisan sempoi, sajak-sajak dia ada umph! Tapi kalau So’od dah start tulis entri pasal penyakit OCD dan sewaktu dengannya, aku jadi lemah sikit. Hahaha. Ye lah, entri-entri serius dengan medical terms yang pelik-pelik susah sikit nak dihadam.
  5. Roslan SMS - http://n32.blogspot.com/
    Kalau orang lain baca Harakah, aku pula baca blog encik Roslan untuk me-neutral-kan idea politics yang dah tercerna dalam kepala otak aku selepas baca akhbar-akhbar kerajaan, terutama Utusan Malaysia. Tapi ada sesetengah isu tu, pendapat tetap lain-lain lah kan. ;)

Fuh! Susah juga nak senaraikan websites yang best dan berguna. Tapi kecuali eBay, ketiga-tiga web tu sebenarya dah di-store-kan dalam Google Reader aku. Hahaha. Untuk masa sekarang ni juga, aku selalu pergi Jobcentre Plus untuk usha kerja kosong dan Rightmove, ‘tuk cari rumah nak disewa.

Oh ya, sama seperti tag dulu, aku dengan penuh sukacitanya mengisytiharkan tag ini ‘mati’ di sini. Muahahahhaa… *ketawa-jahat*

Keraknasi: Setuju tak dengan pendapat: personaliti/kecenderungan seseorang boleh dinilai (walaupun bukan 100%) melalui websites yang sering dilawati? Fikir-fikirkan, dan selamat beramal~

Posted on 2 March '08 : 9:47 pm under I've Been Tagged.

14 Comments to “Ada apa dengan LIMA?”

#1 Posted by NoktahHitam (02.03.08 at 23:05 )

Yelaa kalau die bubuh myspace, friendster dan facebook jd top 5, nampak sgt die suke social.

Tapi aku yakin tak ramai lelaki post website keGERAMan mereke, termasuklah sabu_ dan aku pasti ramai lg tahu yg lain2.

#2 Posted by keraknasi (03.03.08 at 00:08 )

me-to-noktahhitam: hah? 2nd para aku tak faham. sabu tu apa?

#3 Posted by MK (03.03.08 at 02:24 )

uhm, dari website yang saudara senaraikan, saya buat kesimpulan saudara.. seorang pemerhati politik? LOL, suka2 hati saya je.

btw, thanks for daily telegraph and Roslan SMS. saya ni jarang tau pasal berita ni, jadi dua laman web ini boleh jadi permulaan yang baik

dan wAwo juga blog kegemaran saya yang baru! saya lagi suka pasal tulisan-tulisan OCD dan yang sewaktu dengannya tu, sebab sedikit sebanyak ada kaitan dengan diri saya.. hu3

terima kasih kerana jawab tag ^^

#4 Posted by ecahkoop (03.03.08 at 05:37 )

aku xnk komen sal web kegemaran ko tu…ni aku nk bodek lg…cantek la…bookmark kt gamba tu cantek…nak satu!! nak laa….aku kan kaki bodek ko …..wahahaha!!!

cam besh je blog yg de OCD 2….aku nk p usha la…..bubye!!

#5 Posted by Anysz (03.03.08 at 07:24 )

haku xde kat list kwan ko ker?
huhuhu sedeh den :(

#6 Posted by so'od (03.03.08 at 08:56 )

err.. err.. xtau nak kata apa..
terima kasih sbb membuat ’skodengan bersiri’ di wAwo..
sekali-sekala nak kenal gak sape jd ‘pembaca senyap’ sy.. ekeke..
sebenarnya, sy bukan jenis yg suka tulis yg serius2.. cuma sesekali kalau ada org request sesuatu yg berkaitan dgn bidang sy, sy cuba la tulis dgn sesempoi mungkin..:D
btw, wAwo baru je dinaiktarafkan ke aRmPunyaDotCom.. jemput-jemputla singgah.. maksud sy singgah, bukan skodeng.. ekeke..
salam kenal..:)

#7 Posted by keraknasi (03.03.08 at 10:40 )

me-to-mk: pemerhati politik? hahahahaaa… ‘tinggi’nya pangkat tu. sama-sama. yezza!

me-to-ecahkoop: cantek ek? ko pegi la google kalau ko nak! hahahahaa.. aku google je foto tu, bukan aku punya. :P

me-t0-anysz: eh, ade lah. cuba ko tgk kat blogroll. jgn sedih2 lah bro.

me-to-so’od: hello encik so’od. hahahaa. kantoi dah. adeh. singgah boleh, tapi kena ada makan-makan sikit tau! :D

#8 Posted by ecahkoop (03.03.08 at 11:41 )

lorr….aku nk yg btol punye…bkn gambo…uwaa!!! kdekut rr bos ni…xmo r keje ngn bos…wahahah

#9 Posted by deennasour (04.03.08 at 14:31 )

aku setuju pasal personaliti dpt dinilai melalui website yg dilawat..mesti ko berminda global dan lebih pro sbb ko punya fav website amatlah gempax bagi aku,,terutama telegraph tu~

#10 Posted by keraknasi (04.03.08 at 22:29 )

me-to-ecahkoop: baru ko tau aku kedekut. hahahahaha.

me-to-deennasour: hahahhahaha. global ek? hahahahaa..

#11 Posted by azrn (06.03.08 at 04:42 )

berdasarkan website yang ko suka visit tu, aku simpulkan bahawa ko suka membaca dan berniaga :P
hehehehe…

aku agak stuju gak dgn personaliti boleh dinilai dgn website yg sering dilawati tu.

#12 Posted by Safuan A.k.a Sipenglipurlara (09.03.08 at 16:56 )

Baik orangnya.. Hehehe.. Laman yang bermanfaat..

#13 Posted by keraknasi (09.03.08 at 21:45 )

me-to-azrn: ko yakin ke tekaan ko tentang keraknasi adalah betul? hahaha.

me-to-safuan: saya baik? hehehe. baik kot.

#14 Posted by arasis (10.03.08 at 09:11 )

alamak, dah kene jentik tlinge laa..sb xtau psl E-bay.hehehe..
bkn taktau, cume tak bminat.

pape pn, slamat bkenalan :D