Jelas, tak kabur lagi

Semalam aku buat eye test kat VisionExpress. Kali terakhir aku buat eye test dan tukar spek lebih kurang 2 tahun lepas. Masa aku kat Malaysia lagi. Bila optometrist tu tanya aku kali terakhir aku buat check up, aku kata a year ago. Aku tak sempat nak fikir bila. So aku hentam je lah cakap tahun lepas. Aku bajet ala, bukan ada beza pun. I was wrong. Rupanya degree aku dah naik banyak.
Optometrist tu kutuk spek yang aku pakai. Dia kata spek tu buat aku nampak semua benda blurry. You’re missing a lot katanya. Dalam hati aku, “kutuklah”. Spek tu dah dua tahun. Padanlah pun. Tapi aku mengaku jugak lah. Walaupun aku pakai spek, jarak lebih 100 (atau kurang, hahaha) meter aku tak nampak tau. Nampak, tapi blur. Tapi aku buat tak endah. Macam no big deal. Selagi ada spek, aku pakai je lah. Lain lah kalau spek aku patah ke apa ke, barulah nak terhegeh-hegeh pergi buat baru.
Do you drive? Tanya optometrist tu. Yes, I do, jawab aku. Then dia lecture aku pasal driving and the law. Dia kata kalau aku kena stop dan spek yang aku guna tu bukan prescription glasses yang betul, aku boleh kena saman. Dia suggest aku buat dua spek, ada discount £80.
Aku terpaksa pilih full frame pasal degree mata kiri dan kanan aku berbeza. Kalau tak silap aku, mata kiri aku lagi teruk. So kalau ambil half frame dan buat pinnacle nanti dia nampak nipis sangat, buruk. Lens yang sesuai untuk pinnacle tu takde stok katanya. Ah, lebih kuranglah. Aku pun tak ingat dah apa yang assistant tu cakap panjang lebar.
Kira punya kira, semua sekali £558 lepas tolak £80. Tanya aku bila nak ambil, aku kata nak as soon as possible. Sejam kemudian. Nah, tambah lagi £5. Alang-alang dah bayar dekat 600, setakat nak tambah £5 tu apalah sangat. Aku bayar pakai Citibank (M). Text abah, bagitau aku guna credit card (yang dia bayar). Abah aku reply kelakar, “oklah”. Padahal aku dah sign pun.
Bukan aku tak mau ambil spek murah. Masalahnya yang murah-murah semua frame halus belaka. Aku ganas. Kena ambil frame yang tebal, dan besar. Supaya tak senang patah. Dan kebetulan yang banyak pilihan untuk frame jenis tu, semuanya designer brand. Aku pilih Chanel dan Ted Baker.
Keraknasi: £638 tu baik terus buat lasik. Sepatutnya. Lebih afdal. One time investment.


