Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Archive for July, 2008

Surat

exam.gif

Baru baru ni abah aku call tanya term baru. Macam biasa aku bagi la jawapan standard aku, semua ok. Tiba-tiba dia tanya pasal results. Seingat aku, sepanjang aku kat sini, tak pernah pula dia tanya pasal results. Paling koman pun dia cuma tanya “exam ok?” masa aku exam.

So bila dia tanya camtu, mula lah aku bersyak wasangka. Ni mesti abah ada buka surat dari universiti aku pasal aku failed satu module. Aku dah selalu pesan jangan buka surat aku sesuka hati tanpa tanya aku dulu, boleh buka ke tak. Lagipun surat dari universiti tu bukan atas nama dia (kalau atas nama dia, lain cerita lah). Nasib baik universiti ada hantar salinan surat tu ke alamat aku kat sini, so aku tau lah apa terkandung dalam surat tu.

Abah aku ni ada tabiat suka buka surat orang, walaupun bukan atas nama dia. Asalkan dia curious nak tau, dia tak kisah, terus buka macam surat sendiri. Atleast tanyalah dulu kan. Aku selalu komplen kat mak aku, tapi mak aku pun malas nak cakap apa. Ada hari tu, surat dari Public Mutual sampai, kira macam p & c lah kan, abah aku buka je tanpa rasa bersalah. Memanglah tak ada apa yang confidential sangat tapi still lah macam tak elok, biarpun bapa sendiri yang buka.

Aku imagine juga, kalau aku lahir pada zaman tak ada internet dan mobile phones, mesti kalau bercinta nak tulis surat-surat penuh romantis (yaiks!). For sure lah abah buka setiap surat-surat aku tu. Kan?

Posted on 28 July '08 by keraknasi, under Heading Back Home. 3 Comments.