Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Archive for May, 2008

Biarkan aku jatuh cinta dengan orang mati?

johncho-mark.jpg

Hahaha. (Tajuk entri) macam kelakar bila dah translate ke BM. Aku baru je habis tonton Charmed Season 1, disc 1. Selama ni aku tengok Charmed kalau ada kat TV atau orang pasang DVD. Sebab aku pun bukannya into sangat, tapi since Charmed complete series berada kat possession aku sekarang (bukan milik aku), aku pun layan je lah.

charmed2.jpg

(Notis: Bagi yang tak menonton series ni, memang tak kan faham entri aku ni)

Tapi kan episode 4 tu memang best bagi aku. Piper memang suka jatuh cinta dengan orang yang dah mati kan? Episode ni Piper jatuh cinta dengan Mark, seorang chinese guy yang baru saja mati dan perlukan pertolongan Piper. Kiranya ni cinta pertama dengan hantu sebelum Leo (honestly, aku tak suka Leo!)

Aku suka 2 scenes dalam episode ni. First yang kat rumah masa Piper cuba nak sentuh Mark dan suruh Mark feel kononnya (ye lah dia kan hantu, mana boleh sentuh) dan second masa kat funeral, time tu Mark nak wish goodbye, nak pergi light lah ni (ala-ala Ghost Whisperer). Satu line yang Piper cakap kat Prue dan Phoebe selepas Mark dah blah tu:

“Leave it to me to fall for a dead guy”.

So sweet kan? ;)

keraknasi: Dan John Cho tu cute jugak. Ahaks…

P/S: Line aku quote tu betul ke translation BM dia? Hoho…

Posted on 25 May '08 by keraknasi, under Say Anything. No Comments.