Makan untuk hidup lah babe

I’ve been on a diet for three weeks, I’ve lost a pound and now I’m starting to eat a lot again. Aiyak! Tak tahan siut! First week tu ok lah, kononnya tersusunlah ikut the so-called easy-to-follow diet plan dari *tut* (nama dirahsiakan). Atas inisiatif aku juga, aku tak minum coffee, tea dan air berperisa lagi tau (sementara lah, pada masa yang sama boleh kurangkan ke-addict-an aku terhadap coffee). Kalau dinner pula aku ambil ala kadar je, takde side dish. Wah, semangat tu.
Tapi bila aku dah mula fokus pada kerja, asyik tidur lewat (dan bangun agak lewat), aku mula ambil meal 2x sehari. Brunch and dinner. 2-3 hari pertama ok lah, lagi pula ada snack yang penuh protein segala tu (khas untuk orang diet), perut aku pun kuranglah berdangdut sementara tunggu dinner. But then bila snack tu dah habis, perut aku bukan setakat dangdut, siap nyanyi rock babeh!
Sebagai solusinya, aku ambil dinner awal sikit. Pukul 5-6pm macam tu aku dah dinner. Malamnya tu aku make sure aku tak makan apa-apa. Aku minum banyak air je.
Haa.. everything was fine, sampailah petang tadi aku order take out, 1 chicken burger with cheese dan chicken shish kebab. Gila aku cakap kau. Tak hengat dunia punya makan, macam nikmat je sebab lama tak mencekik dengan begitu berselera. Then baru kejap ni aku layan sebijik bagel dan secawan teh. Boleh?
Great, now I have to start over again!
Keraknasi: Diet kena ada kesungguhan, sama macam apabila melakukan kerja-kerja lain. Kena fokus dan bersungguh.
Kredit foto: http://www.amihungry.com/nutrition.shtml


