Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Archive for April, 2008

Aku dah jadik pemalas…

lazyrubikcube.jpg

Pernah tak korang bangun pagi, tengok jadual, lepas tu sambung tidur balik? Masalah yang akan timbul akibat tindakan tidur balik tu tak terlintas langsung dalam kepala otak korang. Haa… jangan tipu! Mesti pernah kan, kan? Aku macam tu lah sekarang. Malas gila nak pergi kelas. Muahahahaa…

Aku kalau dah dihinggap penyakit M tu, aku mana ada lagi nak fikir consequence yang akan berlaku. Kalau kena panggil tutor ke, kalau kena bar dari exam ke, kalau tak pass ke, mana ada. Slumber badak je aku.

Kalau setakat lectures tu tak kesah lah kan, bukan ada attendance pun. Tapi kalau tutorials pun tak pergi, memang naya tu. Hahaha… Last term kan, aku ponteng tutorial untuk satu module ni, ngam-ngam 3x. Sepatutnya memang dah kena bar dari exam dah. Tunggu je lah final email dari Registry untuk exam nanti. First email tentang exam ada lagi nama aku untuk module tu. Teruk seh aku ni.

Aku dah jadi pemalas.

Betullah penyakit yang paling bahaya kat dunia ni adalah penyakit Malas, yang tak ada penawar. Serius.

Jangan jadik macam aku.

Kredit foto: http://geekologie.com/2007/02/

Posted on 14 April '08 by keraknasi, under Scene From My Life. 11 Comments.