Hello and welcome to beautiful keraknasi.com.

Archive for March, 2008

Ada apa dengan LIMA?

Khairul dari SembangKomputer.com telah sesuka hatinya men-tag aku tentang 5 laman web yang aku suka (dan selalu lawat, kot, hehe). Nasib baik Ecah si kaki bodek bagitau, kalau tak memang aku tak tau. Huhu.

OK. Tanpa membuang masa, ni 5 websites yang aku suka lawat.

  1. Google Reader - http://google.com/reader/
    Ni tools ‘tuk aku kumpul segala macam RSS dari merata blog atau websites tanpa mengira genre. Kadang-kadang boleh mencecah 500 feeds sehari. So, imagine lah berapa banyak inf0 yang perlu aku baca dan hadam setiap hari. Makan nasi pun tak banyak macam ‘makan’ info. Yang peliknya, knowledge aku ciput; takat tu juga. Aku ‘makan’ tak baca bismillah agaknya. Mungkin.
  2. Daily Telegraph - http://www.telegraph.co.uk/
    Berbanding BBC, The Times, The Guardian dan The Independant, aku lebih sukakan Daily Telegraph. Sebab Daily Telegraph ni amat rasional, tak terlalu berat sebelah kepada satu-satu pihak. Lagipun, orang-orang kat sini semua tau Telegraph adalah paper yang terbaik sekali antara banyak paper yang ada.
  3. Ebay UK - http://ebay.co.uk/
    Aku jamin semua orang tau. Kalau ada juga yang tak tau, meh sini aku nak jentik telinga sikit. Nak cari barang bargain, cari kat Ebay. Senang. Tak payah explaination panjang-panjang. Kadang-kadang campur shipping cost pun tak boleh tanding harga kat retail. So, sangat jimat beb!
  4. wAwo - http://armpunyarevival.blogspot.com/
    Blog yang best dan seronok dibaca. Tulisan sempoi, sajak-sajak dia ada umph! Tapi kalau So’od dah start tulis entri pasal penyakit OCD dan sewaktu dengannya, aku jadi lemah sikit. Hahaha. Ye lah, entri-entri serius dengan medical terms yang pelik-pelik susah sikit nak dihadam.
  5. Roslan SMS - http://n32.blogspot.com/
    Kalau orang lain baca Harakah, aku pula baca blog encik Roslan untuk me-neutral-kan idea politics yang dah tercerna dalam kepala otak aku selepas baca akhbar-akhbar kerajaan, terutama Utusan Malaysia. Tapi ada sesetengah isu tu, pendapat tetap lain-lain lah kan. ;)

Fuh! Susah juga nak senaraikan websites yang best dan berguna. Tapi kecuali eBay, ketiga-tiga web tu sebenarya dah di-store-kan dalam Google Reader aku. Hahaha. Untuk masa sekarang ni juga, aku selalu pergi Jobcentre Plus untuk usha kerja kosong dan Rightmove, ‘tuk cari rumah nak disewa.

Oh ya, sama seperti tag dulu, aku dengan penuh sukacitanya mengisytiharkan tag ini ‘mati’ di sini. Muahahahhaa… *ketawa-jahat*

Keraknasi: Setuju tak dengan pendapat: personaliti/kecenderungan seseorang boleh dinilai (walaupun bukan 100%) melalui websites yang sering dilawati? Fikir-fikirkan, dan selamat beramal~

Posted on 2 March '08 by keraknasi, under I've Been Tagged. 14 Comments.