Terima kasih Tuhan

Aku sangat busy kebelakangan ni. Tak berjaya meluangkan masa melawat blog-blog yang semakin mendapat tempat di hati aku yang tulus dan mulus ni. Nantilah bila aku dah free, aku qada’ balik. OK tak?
Semalam pukul 00.59 am 27 Februari 2008, telah berlaku gegaran selama 10 SAAT. Terkejut gila aku! Aku ingat aku mimpi tapi bila gegaran tu berterusan (selama 10 saat tu) aku yakin ‘ini benar-benar kejadian’ (dialog siapa lah ni ek…). Faham-faham je lah kalau orang dah mengantuk tahap cipan tapi terpaksa bersengkang mata sebab kerja tak siap, gegaran macam ni boleh buat orang tu rasa tak real. Seriously, lepas gegaran tu dah berhenti untuk beberapa saat aku macam termangu. Nasib baik housemate aku tak tidur lagi masa tu, dia cakap yang dia pun rasa apa yang aku rasa (membuktikan teori bahawa aku tak gila di tengah-tengah malam yang sunyi sepi). Tapi kan, a friend of mine said dia fikir dia bermimpi. Banyak cantik dia punya mimpi! Mentang-mentang dia dah tidur nyenyak masa tu…
Lagi yang tak tahan tu, masa gegaran tu berlaku, aku sempat lagi imagine building ni macam sedang terhoyong-hayang. Gila punya imaginasi. Kertas-kertas aku siap bertaburan, dan rak buku aku macam nak jatuh. Eii… Ngeri betul! Aku fikir masa tu, kalau gegaran ni tak berhenti dalam sesaat lagi aku akan terjun lari turun bawah. Tak pasal-pasal nanti badan aku hancur berkecai bersama-sama runtuhnya bangunan.
Alhamdulillah, kat sini tak ada kejadian buruk berlaku (pada pengetahuan aku). Terima kasih Tuhan. Aku masih bernafas di muka bumi yang indah nan permai ni. OK, aku rasa bahasa aku dah start berbunga-bunga. Ni tulis Ceri punya pasal lah ni!
Tengok details pasal earthquake semalam kat sini: Magnitude 4.7 - ENGLAND, UNITED KINGDOM
Keraknasi: Pertama kali merasai gegaran gempa bumi. Subhanallah.
Kredit foto: http://www.sciencephoto.com/html_press_archive/170306.html


